- Pesanan secara online hendaklah dibuat menggunakan Borang Pesanan Online yang disediakan di laman web ini. Pesanan boleh dibuat bila-bila masa.
- Pesanan juga boleh dibuat melalui telefon dengan cara mengirimkan sms butir-butir lengkap peribadi dan maklumat produk dipesan ke nombor 019-xxxx xxx (format pesanan boleh dirujuk kepada Borang Pesanan Online) pada bila-bila masa.
- Bayaran bagi pesanan secara online dan sms hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pesanan dibuat dan salinan slip/resit bayaran hendaklah diserahkan melalui fax (03-xxxx xxxx) atau e-mel (doubleh77@gmail.com) sebagai bukti pembayaran.
- Pesanan dan pengambilan secara sendiri juga boleh dibuat dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Hanya bayaran secara Cash On Delivery diterima pakai bagi pesanan dan pengambilan secara sendiri.
- Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran penuh diterima daripada pembeli.
- Penghantaran akan dibuat pada keesokan harinya daripada tarikh penerimaan bayaran mengikut hari berkerja menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad.
- Pesanan secara online dan sms akan terbatal sekiranya tidak disertakan bayaran dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pesanan dibuat.
- Sebarang perubahan terhadap produk dan pesanan akan dimaklumkan kepada pembeli melalui e-mel atau sms bergantung kepada cara pesanan dibuat.
- Pihak Kedai On Net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pembeli dalam membuat pesanan dan bayaran.
- Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan kepada pembeli.
- Produk yang telah dibeli dan dihantar tidak boleh dikembalikan.
- Dengan membuat pesanan dan bayaran melalui mana-mana cara yang dinyatakan di sini adalah dianggap sebagai tanda persetujuan oleh pembeli terhadap terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung Kedai On Net. Kedai On Net disediakan khusus untuk melakukan aktiviti jual dan beli serta promosi di alam maya. Diharap dengan adanya Kedai On Net, tuan-puan dan saudara-saudari beroleh kemudahan untuk membeli belah barangan yang dihajatkan dengan selesa. Selamat berjual-beli.
Terma Dan Syarat
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blogobo
Popular Posts
-
SUATU FENOMENA TERHEBAT - RAMAI KAKITANGAN AWAM DAN BERKANUN KINI MULA MEMILIH KUWAIT FINANCE HOUSE Ciri-ciri Pakej:- BANK ISLAM TERBESAR ...
-
Assalamualaikum kepada para pengunjung laman ini yang beragama Islam dan Salam Sejahtera kepada para pengunjung yang selainnya. Setelah se...
